Pages

Friday 30 December 2011

RINDU YANG TERPENDAM

Di Saat Aku Ingin Bermesej .. Kau Pulak Nak Tido ..
Di Saat Aku Ingin Berjumpa .. Kau Pulak Takda Duit ..
Di Saat Aku Ingin Jujur .. Kau Pulak Tak Percaya ..
Di Saat Aku Sakit .. Kau Pulak Yang Over Risau .. 
Di Saat Aku Merajuk .. Kau Pulak Beria2 Nak Pujuk ..
Di Saat Aku Ingin Pergi .. Kau Pulak Yang Sedih ..
Di Saat Aku Tiada .. Kau Pulak Yang Mengalir Air Mata ..
Di Saat Itu Lah .. Kau Dan Aku Saling Merindu ..
dan di saat itu lah kita sedar bahawa cinta ♥ ⌣ ♥ itu saling melengkapi ..

Sunday 25 December 2011

PESANAN BUAT SI DIA

TOLONG BERITAHU SI DIA
AKU ADA PESANAN BUATNYA…

Tolong beritahu si dia… cinta agung adalah cintaNya…
Tolong beritahu si dia… cinta manusia bakal membuatnya alpa…
Tolong nasihati si dia… jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…
Tolong nasihati si dia… jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
Tolong nasihati si dia… jangan mendoakan ku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya…
Tolong katakan pada si dia… dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…
Tolong katakana pada si dia… dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…
Tolong ingatkan si dia… aku terpikat kerana imannya bukan rupa…
Tolong ingatkan si dia… aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
Tolong ingatkan si dia… aku kasihinya kerana santunnya…
Tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia…
Tolong tegur si dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
Tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya…
Tolong sedarkan si dia aku milik Yang Maha Esa…
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya…
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku…
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…
Tolong sampaikan pada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

CINTA…
Lahirnya dari dua hati… hadirnya tanpa dipaksa…

Ya Allah, Aku Jatuh Cinta!

Ya Allah Ya Tuhanku… telah datang padaku seorang insan yang mengetuk pintu hati ini…
Sekiranya dia adalah jodohku yang terbaik... 
yang telah Engkau tetapkan buatku sejak dari kandungan ibuku lagi…
 Maka permudahkanlah urusanku…
Permudahkanlah urusan dia…
Dan permudahkanlah urusan kami berdua…

Ya Allah
Ya Rahman
Ya Allah Ya Rahim

Lindungilah imanku Ya Allah…
Lindungilah iman dia Ya Allah…
Dan lindugilah iman kami berdua sepanjang perhubungan ini.
Amin… Ya Rabbal Alamin…